Kenapa
anda perlu pemeriksaan selepas bersalin
Ini adalah merupakan pemeriksaan
yang terakhir bagi siri-siri pemeriksaan yang bermula dari pertemuan pertama.
Kebanyakan doktor akan minta berjumpa semula dalam masa 6 minggu selepas
bersalin untuk memastikan anda benar-benar sembuh, fizikal dan emosi. Jika anda mengalami pembedahan,
anda mungkin perlu berjumpa doktor anda beberapa minggu awal untuk memastikan
luka sembuh dengan baik.
Anda mungkin mempunyai bayak
soalan mengenai bagaimana badan anda berubah dan mengalami kesakitan berkaitan
kelahiran. Buat nota sebelum berjumpa
agar tidak lupa untuk bertanya mereka.
Apa
yang perlu anda jangka ketika pemeriksaan selepas bersalin
Ketika
pemeriksaan ini,
- Berat
dan tekanan darah akan diperiksa
- Abdomen
dan payudara akan diperiksa. Perut anda diperiksa untuk memastikan dalam
keadaan baik dan payudara diperiksa untuk memastikan tiada benjolan atau cairan
yang luarbiasa dari puting. Jika anda menyusu, doktor anda akan memastikan tiada
efeksi atau tersumbat pada payudara anda.
- Perineum
anda diperiksa, membuat spekulum dan pemeriksaan dalaman. Ketika permeriksaan
spekulum, doktor akan memeriksa bagi memastikan sebarang lebam, calar atau
koyakan pada serviks atau vaginal sembuh sepenuhnya dan dia mungkin juga akan
melakukan pap smear. Ketika pemeriksaan ini dia juga akan memeriksa rahim dan
ovari, dan otot vaginal. Dan mungkin juga melakukan pemeriksaan rectal
- Mungkin
doktor juga akan memberi kebenaran untuk anda melakukan hubungan kelamin
semula. Tetapi jangan risau, jika anda belum bersedia. Kebanyakan ibu-ibu baru
tidak akan berasa untuk melakukan hubungan kelamin untuk beberapa bulan selepas
bersalin. Doktor anda juga akan bercakap mengenai pilihan-pilihan untuk
menjarakan kelahiran.
- Anda
boleh bercakap mengenai apa-apa sahaja perkara yang berkaitan. Jika anda
mengalami masalah emosi beritahu doktor anda. Adalah perkara biasa mengalami
masalah perasaan, tetapi jika anda fikir anda mengalami kemurungan, minta rujuk
kepada ahli terapi