Pengalaman Sharipah Nor Irma
Saya merupakan ibu kepada 5
orang anak. Pengalaman
mengandung merupakan
yang menarik bagi saya.
Mungkin berlainan orang
berlainan pendapatnya.
Namun yang pasti, ramai yang
akan bersetuju dengan
saya dan tidak keterlaluan
jika saya katakan semua
ibu ingin mendapatkan
kembali bentuk badan yang asal selepas bersalin.
Adalah menjadi amalan masyarakat kita memakai bengkung sehingga ianya menjadi kemestian si ibu memakai bengkung selepas bersalin, walau terdapat pendapat dari segi kesihatan bahawa pemakaian bengkung adalahtidak perlu. Namun pengalaman mereka yang memakainya terbuktikesan yang baik kepada bentuk badan dan keyakinan kepada ibu-ibu ini.
Saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman saya semasa berpantang untuk panduan para ibu. Saya mengamalkan pemakaian bengkung selepas bersalin. Saya memakainya bersama-sama herbanika luaran bersalin Nona Roguy. Penggunaan bengkung tradisional dapat membendung pengambilan makanan berlebihan. Jadi ini membantu mengelak masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Di samping itu, minyak yang disapu turut membantu mengemaskan dan mengejabkan rahim.
Dari segi pemakanan pula, saya banyak meminum air dan memakan makanan berkhasiat serta set herbanika bersalin Nona Roguy. Pemakanan penting untuk mendapat badan yang sihat dan cergas.samping itu, ia juga dapat menghasilkan susu yang banyak dan baik untuk menyusu bayi. Dengan amalan berpantang ini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke bentuk dan berat asal saya. Amalan berpantang secara tradisional memang melecehkan. Namum hasil keseluruhannya, saya amat berpuas hati.
Amalan memakai bengkung ini memberi kesan yang baik kepada saya.berharap pengalaman ini juga akan dirasai oleh kaum wanita lain.
Sekian, selamat mencuba!!!
Nasihat daripada ibu kepada 5 anak dan nenek kepada 13 cucu
Saya ingin pengalaman saya ini dijadikan ikhtibar buat semua.
Ketika bersalin anak pertama dan kedua, saya menjaga pantang bersalin dengan sebaiknya dibantu oleh ibu dan ibu saudara saya. Hasilnya, selepas pantang badan dan kesihatan saya kembali ke bentuk asal.
Namun ketika bersalin anak ke-3, ibu saya meninggal dunia semasa saya masih berpantang hari ke-15. Akibat terlalu sedih atas pemergian ibu saya, saya abaikan penjagaan pantang saya. Saya tidak memakai bengkung, bertungku dan mengamalkan amalan berpantang. Selepas habis tempoh pantang, bentuk badan saya tidak mengecil seperti ketikaanak pertama dan kedua. Tetapi saya masih abaikan lagi.
Selepas beberapa ketika baru saya sedari bentuk badan saya yang tidak langsing lagi. Kemudian untuk anak ke-4 dan ke-5 saya cuba amalkan pantang sebaik mungkin. Tetapi tidak berkesan. Bentuk badan saya sukar untuk pulih seperti asal. Dan bentuk itu kekal sehingga sekarang.
Akibat pengalaman saya itu, saya amat menitik beratkan penjagaan semasa pantang anak-anak saya. Oleh itu, saya juga ingin nasihati ibu-ibu agar menjaga pantang bersalin. Ini amat penting untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan badan kita.
Puan Hajah Kamariah