| kembali ke menu utama Episiotomi Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.
Bagaimana untuk mengelak menjalani
episiotomi yang tidak perlu Berbincang dengan doktor anda lebih
dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan
dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh
membantu mengelakkan koyakan. Anda mungkin uingin memcuba membuat
urutan perineal bermula 5 ke 6 minggu sebelum bersalin. Terdapat kajian
menunjukkan urutan ini mungkin mengurangkan koyakan atau memerlukan episiotomi. Jika doktor anda perlu melakukan
episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting pembedahan untuk
membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda
telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu
ubatan. Ini dipanggil episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali
lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu. Bagaimana cara penyembuhan Jika anda menjalani episiotomi(atau
koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk
sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas
bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami
ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap
ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais
pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela
selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak. Bilakah boleh mengadakan hubungan
kelamin semula Perineum anda akan sembuh sepenuhnya
dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda
telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit
ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan
air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih
selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan
merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan
oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan
kelamin sehingga berhenti memberi susu badan. |
Hubungi: Sharipah Nor Irma Enterprise (001625725-H) No 46 Jalan Cecawi 6/13 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor E-mail: sales@mybengkung.com Tel: 012-2966 224 Set bersalin Nona Roguy |