" Bagaimana cara pantang bersalin?"
" Perlukah bertuam, bertungku, berbengkung dan berurut?"
" Herba apakah yang perlu diambil?"
" Apakah kesannya jika tidak amalkan pantang bersalin?"
" Bayi saya kuning/angin pasang, apakah yang boleh saya buat?"

Ini antara pertanyaan yang sering bermain di fikiran kita apabila mengandung terutama mereka yang mengandung anak sulung. Tetapi di mana ingin dapat maklumat, di mana ingin bertanya. Ibu telah tiada atau ibu juga kurang arif. Bertanya kawan, kawan juga tidak tahu dan tidak amalkan cara pantang bersalin. 

Jangan susah hati! Tumpukan perhatian dan penjagaan pada diri anda yang sedang mengandung itu.

Kini pelbagai persoalan yang ingin anda ketahui boleh didapati dalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Buku ini adalah rujukan komprehensif yang memaparkan kaedah perawatan dan penjagaan ibu sejal awal kehamilan sehinggalah tamat pantang bersalin. Turut dibincangkan kaedah perawatan dan penjagaan bayi yang baru dilahirkan, serta aspek ketidaksuburan dan keguguran. Telusuri sejarah, adat dan pantang larang, petua, masalah dan penyakit, lengkah pencegahan, atur cara rawatan, doa dan wirid, serta resepi ubatan dan makanan, yang dilengkapi ratusan gambar foto dan ilustrasi berwarna-warni.

Tahukah anda?

  • Amalan pantang bersalin yang betul bermula dari anak pertama dapat mengekalkan awet muda apabila usia mula meningkat. Malah semakin kerap bersalin, semakin mantap dan sihat

  • Keluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam yang lancar selepas bersalin akan menentukan kembali kejelitaan dan kesihatan ibu

  • Cara bertungku yang salah akan menyebabkan masalah lain seperti mulut peranakan tidak menghadap saluran faraj atau terpusing ke belakang. Ini boleh menyebabkan sukar untuk hamil atau jika hamil kerap keguguran 

  • Demam bentan urat berlaku jika menggunakan tenaga secara berlebihan ketika masih berpantang. Rawatan mengurut hanya akan memburukkan keadaan. 

  • Gila meroyan adalah kesan daripada darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna, berkumpul dalam rahim dan menjadi busuk.

 
Ensiklopedia Perbidanan Melayu

Harga: RM 145.00
Jumlah Halaman: 343 halaman
Tahun Terbit: 2007
Kulit: Tebal


Isi Kandungan  [1][2] , [3] , [4] dan [5]


Kenapa Buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini perlu dimiliki?

Buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini amat istimewa kerana buku ini tidak seperti buku lain. Buku ini, sesuai dengan namanya, mengumpulkan pelbagai petua, resepi dan cara rawatan bersalin dengan lengkap untuk pelbagai masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu. Terdapat amalan seperti bacaan doa-doa dan zikir  untuk diamalkan.

Buku 
Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini merupakan tulisan anak bangsa Melayu yang pakar mengenai ilmu perbidanan Melayu di mana beliau telah melibatkan diri dalam bidang ini lebih dari 40 tahun. Sebelum ini, ilmu pengetahuan dan tip-tip yang terdapat didalam buku ini amat sukar diperolehi kerana tiada bahan rujukan yang lengkap.

Malahan buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu ini perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira siapa anda. Dengan adanya buku ini, menambah keyakinan untuk mempratikkan cara amalan yang betul.  

Latar Belakang Penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.

Datin Sharifah Anisah bt Tan Sri Dato’ Profesor Syed Agil Barakbah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Negeri Kedah, Perak dan Johor. 

Keberhasilan "perawatan" yang diberikan kepada kawan-kawannya telah mendatangkan kesedaran kepada Datin Anisah-bahawa beliau telahpun mewarisi ilmu dan kemahiran perubatan herba dan perawatan tradisional yang diperturunkan daripada leluhurnya lebih 800 tahun lalu. Bermula dengan meramu herba di dapur rumahnya, beliau menjalankan perawatan pengantin dan penjagaan ibu dalam pantang bersalin. Beliau juga merawat masalah sakit puan seperti ketumbuhan fibroid, ketidaksuburan, ketidakseimbangan hormon, dan lemah tenaga batin. Mereka yang menerima perawatannya terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Perniagaannya mula berkembang sehingga akhirnya tertubuh Kumpulan Syarikat Nona Roguy pada tahun 1993 bagi menjalankan aktiviti pemasaran dan perawatan dibawah jenama Nona Roguy. 

Datin Anisah kerap diundang memberikan syarahan di beberapa universiti tempatan dan hospital besar. Atas pengalaman luas dan kefahaman yang mendalam berkaitan bidang ini, beliau sering disebut sebagai jambatan terakhir bagi menghubungkan falsafah dan prinsip perubatan tradisional Melayu dengan dunia perubatan moden. Beliau juga dijadikan pakar rujuk dalam bidang perubatan herba dan perawatan tradisional di beberapa organisasi, termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau diundang menyertai pelbagai persidangan antarabangsa dalam bidang berkaitan.

Datin Anisah turut menawarkan kursus dan latihan secara formal dalam bidang urutan, rawatan terperinci selepas bersalin dan Spa Melayu atau seni andaman. Beliau turut memberikan khidmat konsultasi penyakit, kesihatan dan kecantikan serta motivasi dalam perniagaan kepada mereka yang memerlukan bimbingan dan nasihat dalam bidang perubatan dan perawatan Melayu.

Dalam bidang penulisan pula, beliau banyak menghasilkan makalah, dan buku kecil berkaitan perubatan herba dan penyakit, terutama yang berkaitan dengan sakit puan.

Datin Anisah juga aktif dalam persatuan yang terlibat membangunkan industri perubatan tradisional serta industri kecil dan sederhana negara. Beliau menjawat gelar Naib Presiden (Pengamalan) dalam Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS), dan Timbalan Presiden bagi Small Scale Industries Association of Malaysia.

Atas kepakarannya, Datin Anisah telah dilantik sebagai ahli panel bagi Pembentukan Standard dan Kriteria Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia, Panel Pakar Pembangunan NOSS/NOCC - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Kementerian Sumber Manusia, dan ahli Panel Penilai Bidang Perubatan dan Sains Kesihatan di bawah naungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) dan Bahagian Jaminan Kualiti (QAD), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Antara bidang tugas dan tanggung jawab beliau ialah membangunkan piawai dan kurikulum untuk pembelajaran dalam bidang tersebut.


Kini, ada cara mudah untuk mendapatkan buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke kedai-kedai buku, atau mengharungi jalanraya yang sesak semata-mata untuk mendapatkan buku yang sungguh berharga yang anda cari-cari selama ini. Malahan lebih mengecewakan apabila tiba di kedai berkenaan buku tiada, habis dijual.

TEMPAH DI SINI SEKARANG!

Secara Online - Kredit Kad
Secara Bank in - Bank In/Fund Transfer
Secara Pos - Wang Pos/Cek

Pertukaran Alamat dan Nama Syarikat!

Alamat baru kami adalah seperti di bawah

Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
e-mail - sales@mybengkung.com 
tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224

Singkapi falsafah kesihatan wanita Melayu dan formula pulang pulih sediakala,

hikmat keanggunan para ibu mengatasi perawan. 



Link Berkaitan
Bengkung Mia