[Utama][Produk][Hubungi][Panduan Pesanan][Polisi]
Copyright © 2006-2014 Mama N Damia®
Mama N Damia Enterprise (00171250-T)
B-15-1 Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor, Malaysia
Tel : 03-6143 3094 ; Faks : 03-61418544
Email : sales@mamandamia.my
Kad Kredit
mybengkung.
com
Bengkung Mia adalah bengkung tradisional untuk mencantikkan serta
melangsingkan badan dan pinggul. Bengkung Mia ini sesuai untuk
kegunaan wanita selepas bersalin dan untuk pembentukkan badan
yang menawan.

Memahami kehendak pelbagai pelanggan kami, kami menyediakan
Bengkung Mia Roda, Bengkung Mia Tali dan Bengkung Mia Lilit serta
Bengkung Moden Strap On Lifeline agar pelanggan kami dapat
membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.

Bengkung Mia telah mula berada di pasaran sejak tahun 2006. Kualiti
adalah keutamaan kami agar pelanggan puas hati menggunakannya.

Kami turut menerima tempahan bengkung secara borong dan juga
tempahan untuk rekaan bengkung dan jenama sendiri.

Beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...

Perlukah saya bengkung?
  Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu
bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-
liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor
iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung baik?
  Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang
panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini
dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim.
  Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke
atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan
menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah.
  Selain itu, bahagian pinggul akan tertinggal seperti terlebih isi dan potongan
badan akan mengecil tidak sekata. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan
di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi
pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang?
  Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan
hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga
habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas
tempoh pantang.
  Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar
bengkungmembersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul
masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan?
  Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang
bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti
bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan.
  Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak
mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas
nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
  Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu
mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Bengkung
turut membantu untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat
tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda.
   Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang
menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul.
  Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah
akibat regangan ketika mengandung.

Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja?
Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

Perlukah memakai minyak dengan bengkung?
* Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi
mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
Bengkung Mia dan Bengkung Moden Lifeline
Bengkung Mia Roda Nipis 45 cm
RM50
Bengkung Mia Tali 45 cm
RM55
Bengkung Moden Lifeline
RM65
Bengkung Mia Lilit 12m
RM40
Tuam Bayi
RM15
Mandi Herba
RM29
Maklumat lanjut...
Maklumat lanjut...
Maklumat lanjut...
Maklumat lanjut...
Maklumat lanjut...
Maklumat lanjut...
Badan Langsing Menawan dengan BENGKUNG MIA