Badan Langsing Menawan  dengan
                          BENGKUNG MIA
kembali ke menu utama

Buasir

Buasir adalah pembengkakan pembuluh darah – iaitu pembuluh darah yang menjadi bengkak di kawasan rectal. Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Ia boleh hanya gatal-gatal atau sakit dan kadang-kadang menyebabkan pendarahan pada rectal terutama ketika pembuangan najis. Kadang-kadang pembengkakan ini sehingga ke anus. Jika ini berlaku anda akan merasa di kawasan berhampiran rectum anda lembut dan bengkak.

Buasir adalah biasa ketika semasa dan selepas mengandung. Setengah-setengah wanita mengalami kali pertama ketika mengandung dan jika anda pernah mengalaminya ketika sebelum mengandung anda berkemungkinan mendapatnya ketika mengandung. Dan biasanya ia akan hilang sendiri (atau dengan beberapa bantuan yang akan dinyatakan dibawah) selepas bersalin.

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mendapatnya (seperti juga pembengkakan urat pada kaki dan kadang kala di vulva). Pembesaran rahim akan memberi tekanan kepada urat pelvik dan vena cava dalaman, urat besar yang terletak pada bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian bawah anggota badan. Ini akan melambatkan pengaliran darah di bahagian separuh bawah badan, meningkatkan tekanan urat pada bawah rahim anda dan menyebabkan ia semakin besar atau bengkak.

Sembelit, perkara yang biasa berlaku ketika mengandung, boleh menyebabkan buasir atau menyebabkan ia menjadi lebih buruk. Ini kerana menerang boleh menyebabkan buasir, dan anda cenderung untuk menerang ketika pembuangan najis yang keras. Tambahan pula, peningkatan hormon progesteron ketika mengandung menyebabkan dinding-dinding urat berehat, menjadikan ia mudah membengkak dan menyumbang kepada sembelit dengan memperlahankan proses yang terjadi di dalam kawasan usus. Anda juga boleh mengalami buasir ketika proses meneran dalam peringkat kedua bersalin.

Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkannya

  • Mandi ‘sitz’ untuk selama 10 – 20 minit beberapa kali sehari atau bila-bila anda boleh. Anda tidak perlukan tub mandi.  Isikan air suam. Kemudian rendamkan bahagian bawah anda dengan menurunkan seluar dan duduk.
  • Selepas membuang najis, dengan lembut tetapi sempurna, bersihkan kawasan terbabit mengunakan botol peri (botol penyembur plastik). Cuba gunakan pengelap pra-berpelembab daripada menggunakan tisu yang kering untuk mengelap. Jika menggunakan tisu, gunakan tisu yang lembut, putih dan tidak wangi yang mengurangkan ketidakselesaan berbanding tisu berwarna atau wangi.
  • Tanya doktor anda untuk mencadangkan anesthetic yang selamat atau suppositories berubat. Terdapat banyak ubat untuk meredakan buasir tetapi dapatkan nasihat doktor anda dahulu. Kebanyakan barangan ini hanya boleh digunakan untuk jangka masa yang pendek sahaja ( 1 minggu atau kurang) kerana penggunaan yang lebih lama akan menyebabkan menjadi kemerahan. (Jika anda menjalani episiotomi atau koyakan sehingga ke rectum anda, adalah penting untuk tidak meletakkan apa-apa termasuk suppositories sehingga doctor anda mengatakan boleh)
  • Kurangkan tekanan pada urat rectal anda untuk mengurangkan kesakitan. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.

Bagaimana untuk mempercepatkan proses penyembuhan

Membuat beberapa amalan tabiat-tabiat yang sihat di bawah dapat mempercepatkan penyembuhan dan mengelak buasir di masa hadapan.

  • Pertama, elakan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.
  • Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar, cuba jangan meneran apabila membuang dan dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.
  • Buat senaman Kegel setiap hari. Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.
Jika tidak sembuh atau berlaku pendarahan, hubungi doctor anda. Dalam kes-kes terpencil, pembedahan kecil adalah perlu untuk membetulkan keadaan.
Hubungi:

Sharipah Nor Irma Enterprise (001625725-H)
No 46 Jalan Cecawi 6/13
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor

E-mail:
sales@mybengkung.com

Tel: 012-2966 224


Set bersalin Nona Roguy