Bagaimana untuk memastikan bayi saya dapat susu yang mencukupi?
Salah
satu perkara besar yang menghantui ibu-ibu baru, adakah mereka
mempunyai susu yang cukup untuk bayi mereka. Ini adalah alasan yang
biasa digunakan untuk mula mengambil susu tambahan dan juga
menceraikan susu badan. Kita hidup dalam masyarakat yang menyukat
segala-galanya dan kebanyakkan kita (terutama ibu kita) adalah menyusu
dari botol (susu formula), jadi kita akan tahu berapa banyak susu yang
diambil oleh bayi setiap penyusuan.
Sebenarnya
hampir kesemua ibu dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi
mereka. Manusia tidak akan berkembang jika ini tidak berlaku. Terdapat
sebilangan kecil wanita yang tidak mempunyai susu yang cukup,
tetapi ini jarang berlaku. Biasanya ini ada kaitan dengan masalah
kesihatan (seperti pembedahan buah dada, pil perancang). Kebanyakkan
masalah ini dapat diperbetulkan.
Wanita
mempunyai 2 buah payudara, bermakna mereka juga dapat menyusukan
kembar. Jadi ini adalah alasan menunjukkan ibu yang mempunyai 2
payudara dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk 1 bayi.
Susu badan tidak dapat diukur menggunakan alat-alat yang saintifik, jadi adalah penting untuk anda
mengetahui samada bayi anda mendapat susu yang cukup atau tidak.
Di bawah disertakan panduan-panduan yang dapat membantu anda:
- Susu
anda akan 'ada' selepas 2-5 hari bayi dilahirkan. Bayi anda dilahirkan
dengan lebihan cecair di dalam tisu-tisunya dan akan dibuang dalam masa
48 jam selepas lahir. Berat akan berkurang 7 - 8 auns. Buah pinggang
bayi yang belum matang tidak akan mampu mengawal sejumlah besar cecair
ketika ini. Amaun kolostrum yang kecil (cecair kuning pekat yang keluar
dari payudara sebelum susu 'keluar') adalah sesuai untuk sistem
penghadaman bayi baru lahir dan menyediakan antibodi yang penting.
Dalam masa 24 jam pertama, anda akan mengeluarkan 37 ml kolostrum. Bayi
akan mendapat 7 - 14 ml setiap penyusuan.
Biasanya
pada hari kedua atau ketiga, payudara anda akan mula berasa 'lain',
lebih panas, penuh dan berat. anda akan mula mengeluarkan susu
transitional (gabungan
kolostrum dan susu matang, berwarna kekuningan). Jika tiada berlaku
perubahan pada payudara anda dan bayi anda kelihatan lapar selepas
setiap penyusuan, hubungi doktor anda dan timbang bayi.
- Bayi
anda sepatutnya melekat dan menghisap (secara berganti-ganti laju dan
perlahan) selama 10-15 minit pada setaip payudara. Selepas
menyusu dia akan kelihatan puas dan tertidur ketika di payudara kedua.
Jika dia tertidur dan tidak mengambil susu di payudara kedua, cuba bagi
dua masa menyusu di antara kedua-dua payudara. Jika dia tertidur, dia
akan mendapat susu selama 5 minit bagi kedua payudara dari 10
minit untuk sebelah sahaja. Anda patut mendengar bayi anda sentiasa
menelan ketika menyusu
- Bayi
yan baru lahir perlu menyusu 8 kali dalam masa 24 jam. kebanyakan bayi
baru lahir akan menyusu 10-12 kali atau lebih. Ini termasuk penyusuan
yang panjang dan penyusuan yang pendek. Menyusu setiap 1 1/2 - 3 jam
sepanjang siang dan setiap 4 jam pada waktu malam. Tetapi jangan sangka
bayi anda akan menyusu mengikut jadual 4 jam - bayi anda tidak akan
bertambah berat badan. Anda mungkin perlu mengejukan bayi anda untuk
menyusu.
- Apabila
susu anda telah ada. payudara akan terasa penuh sebelum penyusuan dan
lembut selepas penyusuan. Anda mungkin melihat susu menitis daripada
payudara sebelah ketika bayi menyusu di payudara lain. Ini adalah
tanda susu anda 'keluar'. Badan anda tidak tahu anda tidak menyusukan
kembar, jadi susu akan keluar serentak. Sesetengah ibu akan berasa
ketegangan, pengerasan atau seperti dicucuk jarum ketika susu keluar.
Sesetengahnya tidak bersa sedemikian sehingga beberapa minggu.
- Perhatikan
pengeluaran air kencing dan najis bayi. Selain pertambahan berat badan,
ini juga pertunjuk yang baik menunjukkan berapa banyak bayi anda
menyusu.
Untuk
beberapa hari selepas lahir, bayi akan membuang najis berwarna gelap.
ini adalah najis yang disimpan sejak sebelum kelahiran. Dalam 1 ke 2
hari susu anda mula ada, najisnya akan bertukar warna dan kekerapan.
ketika peralihan ini, najis akan berwarna keperangan atau kehijauan dan
dalam bentuk cair dan tidak terbentuk. Apabila berumur 4 ke 5 hari, dia
akan mula mengeluarkan 'najis susu' berwarna kekuningan dan berbiji.
Dia patut membuang air besar 2-5 kali sehari dalam masa 24 jam dan
mungkin akan membuang air besar selepas setiap penyusuan untuk beberapa
minggu pertama. Jika najisnya berkurangan ini bermakna dia tidak
mendapat susu yang mencukupi.
Semasa beberapa hari pertama, bayi anda hanya akan kencing 1 atau 2
kali sehari kerana dia hanya menerima kolostrum. Selepas susu telah
ada, dia patut kencing 6-8 kali dalam masa 24 jam. Agak sukar untuk
mengetahui berapa kerap bayi anda kencing kerana lampin pakai buang
biasanya mempunyai gel yang menyerap air kencing agar sentiasa kering.
Jadi anda boleh meletakkan tisu tandas didalam lampin itu utntuk
menolong anda. Air kencin itu sepatutnya pucat, tiada berwarna and
kurang berbau. Air kencing yang gelap menandakan bayi anda tidak
mendapat susu yang mencukupi.
- Kebanyakan
ibu-ibu mengalami ketegangan pada puting pada peringkat awal penyusuan.
Ketidakselesaan ini akan bertambah buruk apabila bayi menghisap
buat kali pertama. Jika sakit berterusan ketika penyusuan, puting pecah
atau berdarah, atau sakit melebihi 1 minggu ini bermakna bayi anda
tidak menghisap dengan betul. Ini bukan sahaja menyebabkan anda tidak
selesa tetapi juga menyebabkan bayi anda tidak mendapat susu yang
mencukupi.Periksa berat bayi anda dan hubungi mereka yang arif mengenai
penyusuan badan yang dapat menilai teknik penyusuan anda. Cara
menghisap yang salah mudah untuk diperbetulkan.
- Satu
cara mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang cukup ialah
dengan memeriksa berat secara kerap. Adalah biasa untuk bayi kurang
berat badan 5-7 % dari berat asal dalam beberapa hari pertama (tetapi
jika melebihi 10% perlu pemerhatian). Anda perlu menanya berat bayi
anda ketika keluar dari hospital kerana ini adalah berat yang perlu
anda perhatikan untuk mengira pertambahan berat badannya bukan berat
ketika lahir. Contohnya jika berat bayi anda ketika lahir adalah 7 lbs
8 oz. 48 jam kemudian ketika meninggalkan hospital berat bayi anda
adalah 7 lbs 1 oz. Apabila susu mula keluar, berat bayi patut bertambah
1 auns setiap hari untuk beberapa bulan pertama. Kebanyakan bayi akan
kembali ke berat ketika lahir dalam masa 2-3 minggu. Untuk melihat
peningkatan berat, boleh membuat pemeriksaan selepas 2 minggu.
Sepatutnya bayi juga akan mempunyai air kencing dan najis yang elok.
Masalah penyusuan lebih mudah diperbaiki jika dikenalpasti dan dirawat
awal.