| kembali ke menu utama Keguguran rambut Kebanyakan ibu
baru akan terkejut mendapati mereka kehilangan rambut lebih dari kebiasaan
dalam beberapa bulan yang pertama selepas bersalin, tetapi ini adalah perkara
biasa. Dan tidak perlu berasa panik. Anda tidak akan botak. Rambut anda
sepatutnya akan kembali normal pada hari ulang tahun pertama bayi anda. Ini apa yang berlaku. Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala anda tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari. Namun tidak semua
wanita mengalami perubahan dramatik pada rambut mereka ketika mengandung atau
tempoh berpantang. Anda tidak dapat memberhentikan rambut daripada gugur tetapi anda boleh mengubah stail rambut anda. Mungkin dengan memotong pendek rambut anda. Tambahan dengan kehadiran bayi dan kesuntukan masa akan lebih memudahkan anda menjaga rambut anda. |
Hubungi: Sharipah Nor Irma Enterprise (001625725-H) No 46 Jalan Cecawi 6/13 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor E-mail: sales@mybengkung.com Tel: 012-2966 224 Set bersalin Nona Roguy |