Badan Langsing Menawan  dengan
                          BENGKUNG MIA
Perubahan Kulit Selepas Bersalin

Bilakah tanda-tanda gelap di muka akan hilang?

Kebanyakan tanda yang timbul ketika mengandung akan berkurang dan hilang dalam masa beberapa bulan selepas bersalin dan kulit akan kembali ke asal. Perubahan pigmentasi kulit ini dikenali sebgai chloasma, melasma akan hilang apabila tahap hormon anda kembali normal  dan badan anda berhenti menghasilkan banyak melanin(pigmen kulit). Garisan gelap pada perut  iaitu linea nigra dan sebarang tanda lahir yang menjadi gelap ketika mengandung akan menghilang juga akhirnya.

Tetapi berhati-hati jika anda perihatin dengan tanda ini dan anda mula menggunakan kontrasepsi yang mengandungi estrogen, tanda-tanda gelap ini mungkin akan kembali.

Bagaimana cara untuk mengurangkannya?

1. Lindungi diri anda dari cahaya matahari

Cara yang pasti untuk anda mendapat kembali kompleksi anda adalah dengan menjauhkan diri dari matahari. Anda akan terus mendapat chloasma selagi terus terdedah kepada cahaya matahari tanpa perlindungan. Gunakan broad-spectrum sunblock(formula yang menlindungi dari cahaya UVA dan UVB) dengan SPF 30 atau lebih setiap hari samada cuaca panas atau tidak dan sapu semula kemudian apabila anda berada di luar.

Jika anda berada didalam rumah atau kurang menghabiskan masa di luar rumah, pastikan menyapu perlindung ini sebagai rutin setiap pagi anda. Kulit anda akan terdedah pada amaun tertentu cahaya ultraviolet ketika berjalan di jalan, menaiki kereta atau duduk dekat tingkap. Apabila berada di luar tutup dan pakai topi, dan pakai baju lengan panjang  jika anda risau pigmen pada tangan anda. Hadkan masa berada di bawah matahari terutama di antara pukul 10 pagi dan 2 petang.

2. Pencuci muka dan pelembab
Elakkan memakai pencuci yang memberi kesan kepada kulit anda, ini  akan lebih memburukkan keadaan.

3. Bertukar konseptif.
Konseptif yang mengandungi estrogen boleh menyebabkan chloasma semakin buruk pada sebilangan kecil wanita. (Jika anda menyusu badan , anda tidak akan menggunakan jenis ini). Cuba pilih kaedah lain untuk sementara watu seperti 'pil mini' progestin atau suntikan progesteron atau kaedah bukan jenis hormon. Jika tanda-tanda ini telah hilang tetapi datang kembali selepas anda menggunakan konsepsi jenis hormon, anda mungkin perlu menukarkan kosepsi anda secara berterusan.

4. Mendapatkan rawatan
Jka tanda-tanda itu tidak berkurangan dalam masa 1 tahun, berbincanglah dengan pakar kulit mengenai pilihan rawatan yang ada.  Mungkin akan mengambi masa beberapa bulan untuk melihat hasilnya. Namun jika anda menyusu badan atau merancang untuk mengandung semula, pastikan anda telah mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum mendapat rawatan.

Adakah cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan tanda regangan (stretch marks)?

Jika tanda ini masih ada selepas setahun bersalin, berbincanglah dengan pakar kulit cara-cara untuk mengurangkannya. Terdapat kajian menunjukkan setengah minyak seperti krim tretinoin (Retin-A) mungkin mengurangkan warna tanda regangan ini apabila disapu selepas bayi dilahirkan. Ianya berkesan jika disapu dengan segera selepas bersalin. (nota retin-A tidak selamat digunakan ketika mengandung dan tidak ada maklumat mengenai kesannya jika menyusu badan, jadi adalah lebih baik elakkan mengambilnya). Walaupun retin-A boleh memperbaiki kesan regangan ini, ia tidak banyak mengubah tisu-tisu itu jadi ia tidak akan mengubah tekstur tanda atau kesan sekelilingnya.

Kenapa kulit saya menjadi berminyak (atau kering) selepas bersalin?

Tekanan, perubahan hormon yang besar dan kehidupan sebagai ibu baru akan menyebabkan kulit mengalami perubahan. Setengah wanita mungin mengalami kulit yang bersih ketika mengandung dan mengalami masalah selepas beberapa bulan bersalin atau sebaliknya.

Anda tidak mempunyai banyak masa untuk menjada kulit kerana sibuk dengan bayi. Anda mungkin perlu cuba menggunakan pencuci muka dan pelembab yang baru, tetapi secara amnya gunakan jenis formula yang lembut.  Jiak anda ada masalh jerawat, pakai komestik yang tidak berminyak kerana formula yang berminyak hanya menyebabkan liang tersumbat dan menambah masalah anda. 

Laman Utama
Hubungi
Pengedar
Set Bersalin Nona Roguy
Tip dan Amalan