|
Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi
Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur. Apakah penyebab jaundis Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor. Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
Jenis-jenis jaundis Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
Biasa terjadi kepada bayi baru
lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti
Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari
selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah
mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan
tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan
membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
Terjadi akibat keadaan perubatan
seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang,
pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis
atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap
berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan
dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh
juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat
dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam
selepas kelahiran.
Ini berkemungkinan dari susu ibu
yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan
lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan
hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian.
Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat
jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin
menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari.
Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan
susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.
RawatanPemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan. Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
Bayi perlu mendapat rawatan
segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang
diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran
bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi
yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran
darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi
mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana
proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah
untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan
susu mencukupi untuk bayi anda.
Penyebabnya kurang dapat
dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya
tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun
anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah
susu yang terbaik.
Adakah ianya merbahaya? Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. |
|