|
Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
Minum ramuan ubat periuk adalah
bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah
untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di
samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak
berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan
kesihatan serta kecantikan.
Selepas mengambil ubat bersalin
selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk
kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan
harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran
faraj serta menguatkan mulut rahim .
Bertuam dilakukan selama 2 minggu
pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah
liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk
membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin
toksin.
Bertungku dilakukan selepas 2
minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan
sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke
sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun.
Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan
peha, lutut, kaki dan tapak kaki.
Bertungku selepas 44 hari. Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
Selepas bertuam, teruskan mandi
dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara
perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang
membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi
mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
Urutan yang baik membantu
memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta
lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau
tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang
lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari. Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
Boleh dibuat sebelum atau selepas
mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta
sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin
sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
Mengikut
ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin
normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang
perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor
iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini
akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim
ke bawah
dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian
pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan
akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang
mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.
Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
Dilakukan selepas hari ke-30
iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan
pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta
membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan.
Ini dapat menghidari penyakit puan.
Dilakukan selepas 40 hari
sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan
rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi
wap di peringkat awal.
Dilakukan ketika rawatan
bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari
ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan
kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan
disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu
mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan
serta kedudukan rahim.
Selepas bersalin ciri keluar
seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta
berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri)
sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke
sederhana cair sehingga berdebu kehitaman/coklat. Dan akhirnya
kelaur cecair kekuningan sehingga men
Nota: Buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' ini ditulis oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah iaitu pengasas Nona Roguy dan juga pengamal kesihatan tradisional melayu. Buku ini mengandungi panduan lengkap untuk ibu-ibu mengandung, pantang bersalin dan penjagaan bayi. Di sini saya hanya menulis secara ringkas apa yang terkandung di dalam buku ini. Terdapat pelbagai pengetahuan mengikut perbidanan melayu iaitu dari proses kehamilan, berpantang dan juga penjagaan bayi. Selain itu turut memuatkan mengenai ketidaksuburan, keguguran serta resepi-resepi penyediaan herba melayu. Sharifah Nor Irma |
|