|
Alergi Makanan Pada Bayi dan Kanak-kanak
Pengalaman saya menghadapi anak sulung yang alergi makanan kerana kurang pengetahuan mengenainya, memang membuat saya kesal kerana tidak mengelak dia menghadapi masalah. Oleh itu, saya sertakan panduan mengenai alergi makanan ini agar pihak ibu-ibu dapat mengelak berlaku alergi makanan ini pada anak-anak kita. Sharifah Nor Irma
Alergi makanan kian menjadi dan amat merunsingkan ibu bapa serta juga anak-anak mereka. Walaupun alergi makanan tidak dibatasi usia, namun alergi ini lazimnya bermula pada tahun pertama dalam hidup seseorang. Kebanyakan kanak-kanak akan bebas daripada sesetengah alergi apabila mereka mencapai umur persekolahan; akan tetapi; ramai juga yang terus mengalaminya sehingga dewasa. Risiko paling tinggi adalah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai alergi.
Bagaimana alergi makan terjadi? Lazimnya, sistem imun menyerang bakteria yang merbahaya, virus dan bahan-bahan asing dalam tyubuh sedangkan makanan dianggap tidak merbahaya. Alergi makanan terjadi apabila sistem imun tersilap dan menganggap satu komponen makanan tertentu, biasanya protein, sebagai merbahaya lalu menyerangnya Tanda-tanda alergi makanan Tanda-tanda alergi makanan termasuklah gatal, ekzema, dermatitis, loya, muntah, cirit-birit, lelah, asma dan bronkitis. Kebanyakan reaksi adalah ringan tetapi sesetengah individu mungkin mengalami reaksi teruk yang boleh membawa maut Makanan yang boleh menyebabkan alergi Apa jua makanan boleh menyebabkan alergi tetapi sesetengah makanan lebih alergenik. Makanan yang sangat alergenik termasuklah susu lembu, putih telur, kacang soya, ikan, kerang-kerangan, ketam, udang dan kacang tanah. Alergi terhadap susu lembu biasanya berlaku di kalangan bayi. Mengapakah alergi perlu dicegah? Walaupun kini terdapat rawatan yang berkesan, namun alergi belum dapat diubati, Justeru itu alergi harus dicegah, terutama dikalangan bayi dan kanak-kanak. Kejadian alergi semakin meningkat dan merupakan satu masalah utama peringkat kanak-kanak. Perlindungan jangka panjang diperlukan kerana kejadian alergi akan mendedahkan anak kepada alergi yang lain. Contohnya alergi makanan ketika peringkat bayi mungkin mengundang alergi sistem pernafasan pada masa akan datang. Kos rawatan alergi juga sentiasa meningkat bukan sahaja dari segi penjagaan kesihatan tetapi juga dalam bentuk kemerosotan kualiti hidup untuk anak serta seisi keluarga. Cara mencegah alergi Cara yang terbaik untuk mencegah alergi ialah dengan menyusui bayi anda selama sekurang-kurangnya 6 bulan secara eksklusif. Susu ibu merupakan susu hipoalergenik yang unggul dan juga sumber penting antibodi yang dikenali sebagai imunoglobin A (IgA) Langkah-langkah berikut juga telah dibuktikan amat berkesan dalam mencegah dan mengurangkan alergi makanan:
Rujukan :
Malaysian Society of Allergy & Immunology (MSAI) www.allergymsai.org |
|