Mama N Damia :: Nona Roguy :: Ensiklopedia Perbidanan Melayu :: Hadi's Nutri Meal

"Bengkung untuk Ibu pantang bersalin
dan kecantikan badan"


Berikut adalah beberapa persoalan yang ingin anda tahu tentang bengkung...

Perlukah saya memakai bengkung? * Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna.

Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik? Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

Berapa lama perlu memakai bengkung ketika dalam pantang? Ketika dalam pantang bengkung seelok-eloknya dipakai sepanjang masa dan hanya ditanggalkan ketika mandi. Ianya mula dipakai dari hari ke-4 sehingga habis tempoh pantang atau seberapa lama yang anda kehendaki selepas tempoh pantang. Sebaik-baiknya anda mempunyai 2 helai bengkung agar dapat menukar bengkung untuk membersihkannya. Kebersihan amat penting agar tidak timbul masalah lain seperti kegatalan atau kerengsaan pada kulit.

Bolehkan saya memakai bengkung selepas pembedahan? Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih)

Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya? Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Adakah bengkung ini hanya untuk wanita bersalin sahaja? Tidak. Ia boleh dipakai oleh sesiapa sahaja termasuk lelaki!

Perlukah memakai minyak dengan bengkung? * Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

* Beberapa petikan ini diambil dari buku "Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan" tulisan Datin Sharifah Anisah Barakbah


... di mana moden dan tradisional bersatu

è Laman Utama

è
Hubungi kami dan pertanyaan

èCara pesanan, pembayaran dan penghantaran

è Pengedar Bengkung Mia

èBerminat untuk menjual produk kami? Hubungi kami

èPusat sehenti barangan keperluan anda dan bayi, moden dan tradisional di sini...

èTip-tip mengandung, bersalin, berpantang dan mengenai bayi

èPerkhidmatan urut dan penjagaan ketika pantang


Daftar NewsLetter Mybengkung.com untuk maklumat terkini, tip-tip menarik dan promosi hebat produk Mybengkung.com di masa yang akan datang! Sertai mailing list kami.

Nama:
Email:

Sesetengah kita mungkin berfikir tidak perlu mengambil berat penjagaan selepas bersalin. Namun adakah anda sedar penjagaan ini penting untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Kebanyakan kita memandang ringan kerana kita akan berasa sihat dan kembali cergas selepas bersalin. Tetapi apabila umur makin meningkat, badan kita akan mula merasai kesannya.


Begitu juga dengan penggunaan bengkung. Jika kita memakai bengkung dengan cara yang betul, badan kita akan kembali mengecil dan langsing. Tidak perlu menghabiskan wang dengan banyaknya kemudian hari untuk kembali ramping. Kaedah moden seperti balutan pada badan, konsepnya sama seperti berbengkung. Jadi kenapa perlu membuang duit anda!

Nasihat daripada ibu kepada 5 cahayamata dan nenek kepada 10 cucu

Saya ingin pengalaman saya ini dijadikan ikhtibar buat semua.

Ketika bersalin anak pertama dan kedua, saya menjaga pantang bersalin dengan sebaiknya dibantu oleh ibu dan ibu saudara saya. Hasilnya, selepas pantang badan dan kesihatan saya kembali ke bentuk asal.

Namun ketika bersalin anak ke-3, ibu saya meninggal dunia semasa saya masih berpantang hari ke-15. Akibat terlalu sedih atas pemergian ibu saya, saya abaikan penjagaan pantang saya. Saya tidak memakai bengkung, bertungku dan mengamalkan amalan berpantang. Selepas habis tempoh pantang, bentuk badan saya tidak mengecil seperti ketika bersalin anak pertama dan kedua. Tetapi saya masih abaikan lagi.

Selepas beberapa ketika baru saya sedari bentuk badan saya yang tidak langsing lagi. Kemudian untuk anak ke-4 dan ke-5 saya cuba amalkan pantang sebaik mungkin. Tetapi tidak berkesan. Bentuk badan saya sukar untuk pulih seperti asal. Dan bentuk itu kekal sehingga sekarang.

Akibat pengalaman saya itu, saya amat menitik beratkan penjagaan semasa pantang anak-anak saya. Oleh itu, saya juga ingin nasihati ibu-ibu agar menjaga pantang bersalin. Ini amat penting untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan badan kita.

Puan Hajah Kamariah

Bengkung juga dikenali sebagai barut disesetengah tempat. Tahukah anda terdapat 3 jenis bengkung yang biasa digunakan oleh masyarkat kita iaitu Bengkung Roda, Bengkung Tali dan Bengkung Lilit(juga dikenali dengan Bengkung Jawa atau Panjang). Bengkung Roda dan Bengkung Tali  lebih mudah dipakai, boleh dipakai sendiri. Bengkung yang terbaik adalah Bengkung Lilit. Namun ianya memerlukan bantuan seseorang untuk memakaikannya. Dengan pemakaian yang betul, bengkung jenis ini adalah lebih kejab dan kuat. Jadi sekiranya tiada mereka yang dapat menolong anda, sebaiknya gunakan bengkung jenis Roda atau Tali.

Pengalaman Sharipah Nor Irma

Saya merupakan ibu kepada 4 orang anak. Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang menarik bagi saya. Mungkin berlainan orang berlainan pendapatnya. Namun yang pasti, ramai yang akan bersetuju dengan saya dan tidak keterlaluan jika saya katakan semua ibu-ibu ingin mendapatkan kembali bentuk badan yang asal selepas bersalin.

Adalah menjadi amalan masyarakat kita memakai bengkung sehingga ianya menjadi kemestian si ibu memakai bengkung selepas bersalin, walau terdapat pendapat dari segi kesihatan bahawa pemakaian bengkung adalah  tidak perlu. Namun pengalaman mereka yang memakainya terbukti memberi kesan yang baik kepada bentuk badan dan keyakinan kepada ibu-ibu ini.

Di sini saya ingin berkongsi amalan saya semasa berpantang secara ringkas agar wanita lain turut mendapat kebaikan ini.  Saya mengamalkan pemakaian bengkung selepas bersalin. Saya memakainya bersama-sama herbanika luaran bersalin Nona Roguy. Penggunaan bengkung tradisional dapat membendung pengambilan makanan berlebihan. Jadi ini membantu mengelak masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Di samping itu, minyak yang disapu turut membantu mengemaskan dan mengejabkan rahim.  

Dari segi pemakanan pula, saya banyak meminum air dan memakan makanan berkhasiat serta set herbanika bersalin Nona Roguy. Pemakanan penting untuk mendapat badan yang sihat dan cergas. Di samping itu, ia juga dapat menghasilkan susu yang banyak dan baik  untuk menyusu bayi. Dengan amalan berpantang ini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk kembali ke bentuk dan berat asal saya. Amalan berpantang secara tradisional memang melecehkan. Namum hasil keseluruhannya, saya amat berpuas hati.

Untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik, wanita selalunya tidak keberatan membelanjakan wang untuk membeli bengkung yang dirasakan sesuai. Namun jangan terpedaya kerana barangan mahal tidak semestinya baik.  Perhatikan ciri-cirinya sebelum membeli.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Ketika bersalin anak ke-3 saya telah membeli bengkung moden jenama pakaian dalam terkenal dengan harga yang mahal. Tetapi memakainya hanya beberapa kali sahaja. Tetulang yang dipasang pada bengkung menyebabkan saya berasa sakit dan tidak selesa. Selain itu kainnya memeri, jadi apabila memakainya, bengkung itu tidak mengecilkan perut saya sebaliknya mengikut bentuk perut saya yang besar! Saya amat kecewa. Akhirnya saya memakai bengkung tradisional sahaja dan kesannya adalah amat memuaskan.

Ketika bersalin anak ke-4, saya bersalin secara cesarean. Memang tidak dijangka kerana sepanjang mengandung saya tidak mengalami sebarang masalah. Cuma ketika hendak bersalin ada masalah dengan kedudukan bayi. Saya tidak dapat terus memakai bengkung tradisional seperti bersalin sebelum ini.  Saya terpaksa memakai strap-on binder yang pendek sehingga paras ari-ari sahaja. Saya hanya mula memakai bengkung tradisional selepas 3 minggu bersalin. Selepas memakainya baru saya berasa selesa dan ada sokongan ke atas perut dan rahim saya.   

Amalan memakai bengkung ini memberi kesan yang baik kepada saya. Saya berharap pengalaman ini juga akan dirasai oleh kaum wanita lain.

Di samping menjual bengkung, saya juga menyediakan tip-tip dan amalan-amalan baik semasa mengandung, bersalin dan berpantang yang saya kumpulkan dari buku, majalah dan internet untuk dikongsi bersama. Untuk tip-tip ini sila klik di sini.  Semoga dengan amalan-amalan yang dilakukan, anda sekeluarga mendapat kebaikan dan manfaatnya.

Sekian, selamat mencuba!!!

Bengkung Mia adalah bengkung tradisional untuk mencantikkan serta melangsingkan badan dan pinggul. Bengkung Mia ini sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin dan untuk pembentukkan badan yang menawan.

Memahami kehendak pelbagai pelanggan kami, kami menyediakan Bengkung Roda MiaBengkung Tali Mia dan Bengkung Lilit Mia serta Bengkung Strap On Lifeline agar pelanggan kami dapat membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.

Jenis-jenis Bengkung Mia dan Bengkung Strap-on Lifeline


BENGKUNG RODA MIA












  • Ia diperbuat  daripada 2 jenis kain, iaitu belacu krim dan kain berwarna gelap di bahagian hadapan. Kain yang berwarna gelap dapat mengelak bengkung daripada kelihatan kotor akibat penggunaan minyak/krim dibahagian depan bengkung
  • Mempunyai reka bentuk yang kecil di pinggang dan besar di punggung agar mengikut bentuk badan dan tidak longgar di bahagian pinggang kerana mengikut saiz punggung yang lebih besar.
  • Diameter bengkung dari bawah dada ke bawah pinggul supaya sentiasa kejab, kemas dan tidak mudah terselak/terangkat, di samping menghadkan pergerakan semasa berpantang
  • Mempunyai 4 saiz S, M, L dan XL
  • Labuh 45 cm dan 55 cm
  • Mempunyai jenis tebal dan nipis mengikut citarasa anda.
  • Mudahkan memakainya sendiri tanpa bantuan
  • Cara memakai Bengkung Roda Mia - klik di sini
  • Saiz 
Saiz S M L XL

Ukuran Pinggang/
Bawah payudara
cm/(inci)
61 - 69
(24" - 27")
cm/(inci)
69 - 79
(28" - 32")
cm/(inci)
79 - 91
(33" - 37")
cm/(inci)
91 - 107
(38" - 43")
  • Sila klik untuk besarkan gambar

Harga 

  • Bengkung Roda Mia Nipis 45cm   RM45 (Sabah & Sarawak RM47)
  • Bengkung Roda Mia Tebal 45cm  RM55 (Sabah & Sarawak RM55)
  • Bengkung Roda Mia Nipis 55cm   RM50 (Sabah & Sarawak RM52)
  • Bengkung Roda Mia Tebal 55cm  RM60 (Sabah & Sarawak RM62)
Memperkenalkan
BENGKUNG TALI MIA


  • Diperbuat dari kain belacu krim
  • Mempunyai reka bentuk yang kecil di pinggang dan besar di punggung agar mengikut bentuk badan dan tidak longgar di bahagian pinggang kerana mengikut saiz punggung yang lebih besar.
  • Diameter bengkung dari bawah dada ke bawah pinggul supaya sentiasa kejab, kemas dan tidak mudah terselak/terangkat, di samping menghadkan pergerakan semasa berpantang
  • Mempunyai 2 saiz M dan L
  • Labuh 45 cm dan 55 cm
  • Cara memakai Bengkung Tali Mia - klik di sini
  • Saiz
Saiz M L
Ukuran pinggang/
bawah payudara 
cm/(inci)
61 - 79
(23" - 32")
cm/(inci)
79 - 107
(33" - 43")
   
    Harga 
  • Bengkung Tali Mia 45cm RM50 (Sarawak & Sabah RM52)
  • Bengkung Tali Mia 55cm  RM55 (Sarawak & Sabah RM57)

BENGKUNG LILIT MIA



  • Diperbuat dari kain belacu krim
  • Panjang 12 m dan lebar 30 cm
  • Boleh diubah mengikut badan dan boleh diliit hingga ke kaki
  • Cara memakai Bengkung Lilit Mia - klik di sini
   
    Harga

  • Bengkung Lilit Mia RM35 (Sarawak & Sabah RM37)


BENGKUNG STRAP ON LIFELINE

(Strap-on Binder)
  • Bengkung moden yang diperbuat dari kain  elastik berkualiti tinggi 
  • Sesuai untuk ibu yang bersalin secara pembedahan atau sesuai untuk dipakai ketika berada di luar rumah.
  • Terdapat dalam 4 saiz iaitu S, M, L dan XL.
  • Labuh adalah 22.5cm/9 inci, iaitu hanya menutupi bahagian abdomen sahaja
  • Boleh digunakan selepas hari ke 4 bersalin secara pembedahan.
  • Cara memakai Bengkung Lifeline - klik di sini
  • Saiz

Saiz S M L XL
Ukuran Pinggang/
Bawah Payudara
cm/(inci)
61 - 81
(24" - 32")
cm/(inci)
82 - 94
(33" - 37")
cm/(inci)
95 - 104
(38" - 41")
cm/(inci)
105 - 114
(42" - 45")
  • Sila klik untuk besarkan gambar

    Harga
  • Bengkung Strap On Lifeline RM65  (Sarawak & Sabah RM67)

Tip memilih saiz

  • Bagi mereka yang mengandung, boleh gunakan ukuran pinggang sebelum mengandung atau boleh mengukur  di bawah payudara untuk mendapat anggaran saiz.
  • Ukuran bra tidak sama dengan ukuran bawah payudara. Jika menggunakan ukuran bra, ukuran perlu ditolak 4 inci (contoh ukuran 32 inci perlu ditolak 4 inci jadi 28 inci)

Perbandingan Bengkung-Bengkung Mia dan Bengkung Lifeline

Untuk melihat perbandingan antara bengkung-bengkung ini sila klik di sini

Dengan belian di sini  

  • Anda boleh lupakan kesesakan lalu lintas, masalah meletak kereta atau mencari kedai yang menjualnya. 
  • Memudahkan terutama kepada yang sedang sarat mengandung atau yang kesuntukan masa. 
  • Anda boleh jimat wang, tidak perlu membayar minyak kereta. Penghantaran adalah percuma
  • Anda boleh membeli pada bila-bila masa mengikut kelapangan melalui internet. Untuk memudahkan urusan anda membeli, pembayaran boleh dibuat dengan 3 cara yang mudah - kad kredit, online banking/bank in atau cek/wang pos.


Di samping itu, terdapat tawaran Jaminan Pemulangan Semula Wang sekiranya anda tidak berpuas hati tanpa bicara panjang. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.

Dapatkan bengkung di sini!

Tunggu Dulu!

Dengan belian di sini anda juga akan mendapat bonus-bonus di bawah

1. Resepi masakan berkhasiat ketika berpantang
2. Cara amalan berpantang mengikut tradisi Melayu

Barut Bayi Mia dan Kain Bedung Mia pelbagai warna

Anda perlukan barut bayi dan kain bedung bayi? 
Kami juga turut menyediakan Barut Bayi Mia dan Kain Bedung Mia untuk anda

Diperbuat daripada kain kapas, lembut sesuai untuk bayi

Untuk maklumat lanjut sila klik di sini

Kami juga menerima tempahan mengikut ukuran sendiri (custom made) dan sedia menerima tempahan secara borong. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami

Perlukan set bersalin Nona Roguy, dapatkan maklumat lanjut dan juga Tawaran Istimewa dari kami.  Sila klik Set Bersalin Nona Roguy (Malaysia sahaja)

Perhatian!

Bengkung Mia bukan produk Nona Roguy. Hanya boleh didapati di sini.

Pesanan 

  • Kami hanya menerima pesanan yang disertakan dengan pembayaran sahaja. 
  • Kami menerima pesanan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun, New Zealand dan Australia Jika terdapat permintaan dari negara selain yang dinyatakan, sila e-mail kami untuk pertanyaan. 
  • Untuk pesanan dari negara IndonesiaBrunei, Jepun, New Zealand dan Australia sila gunakan 'Beli Kad Kredit secara online'
  • Bagi negara Singapura sila dapatkan di Little Tots Store


Pembayaran 

Cara-cara pembayaran:

Kad Kredit secara online

  • Anda boleh terus klik butang 'Beli Online' untuk belian secara online menggunakan kad kredit Visa/Master
  • Ini adalah pesanan yang selamat untuk pesanan kad kredit melalui internet
  • Resit penerimaan akan di hantar melalui e-mail selepas selesai pembayaran anda dibuat

Cek/wang pos secara pos
(Malaysia sahaja)

  • Bayar atas nama 'SHARIPAH NOR IRMA DARIAH'
  • Sila gunakan 'borang pesanan cek/wang pos' yang disediakan untuk membuat pesanan anda. Cetak borang pesanan, isi dan pos borang pesanan bersama-sama cek/wang pos kepada:
Sharipah Nor Irma Dariah
B-15-1 Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

Online banking/Bank-in
(Malaysia sahaja)

    • Nama bank - CIMB Bank
    • Atas nama - SHARIPAH NOR IRMA DARIAH
    • No akaun - 12330005215526

atau

    • Nama bank - Maybank
    • Atas nama - SHARIPAH NOR IRMA DARIAH
    • No akaun - 162759022362

Penghantaran - Malaysia

  • Kos penghantaran Percuma (bernilai RM5) bagi pembeli di Malaysia sahaja menggunakan Poslaju
  • Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima/lulus (Isnin - Jumaat hari bekerja)
  • Sila beri masa 2 - 3 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 3 - 5 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak untuk penerimaan selepas pesanan diterima dan pengesahan bayaran dibuat
  • Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini adalah  bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya. Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
  • Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami melalui telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 1 petang. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami hanya boleh memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
  • Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok dan baik. Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik. Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas penerimaan.Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami atau ketika dalam perjalanan, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika selepas 2 hari kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.  
  • Resit asal akan disertakan bersama-sama produk anda.

Penghantaran - Selain Malaysia

  • Kos penghantaran ditanggung oleh pembeli
  • Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pembayaran diterima/lulus
  • Semua penghantaran dibuat pada hari bekerja
  • Tempoh penerimaan adalah di antara 2 - 3 hari bekerja
  • Penghantaran adalah menggunakan Fedex Express
  • Resit asal akan disertakan bersama-sama produk anda.

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami

Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
(dahulu Sharipah Nor Irma Enterprise)
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi 3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

e-mail - sales@mybengkung.com atau
tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224
peta